Nilai Filial Peity dalam Budaya Kerja Masyarakat China

Redaksi 21 Juni 2020 | 07:31 54
Nilai Filial Peity dalam Budaya Kerja Masyarakat China

Meor Muaz Bin Meor Nadzri Mahasiswa UIN Ar-Raniry Asal Malaysia

Oleh Meor Muaz Bin Meor Nadzri
Mahasiswa UIN Ar-Raniry Asal Malaysia

Setiap kaum atau bangsa berpegang dengan sistem nilai dan norma sosial yang berlainan. Ini adalah karena masing-masing mewarisi budaya dan peradaban yang berbeda dan muncul dari persekitaran goegrafi yang berlainan. Hasilnya telah membawa kepada pembinaan nilai induk dan kecenderungan untuk menekankan rukun teras tersendiri.

Bagi masyarakat China, nilai kecinaan yang tegar pragmatik telah membina etika kerja dan budaya niaga yang menggambarkan imej dan identitas masyarakat China yang tersendiri.

Secara umumnya sesebuah budaya dibina menerusi cantuman unsur-unsur tertentu antaranya agama, Bahasa, adat resam, pendidikan. Sosial dan sebagainya. Kesemua ini merupakan teras utama dalam pembinaan sesebuah budaya dan seterusnya peradaban.

Dalam budaya dan peradaban juga mengandungi idea-idea, sistem, nilai dan moral tertentu yang telah teradun dalam pemikiran dan perlakuan sekelompok masyarakat. Jadi bagi masyarakat yang lahir dari budaya dan peradaban yang berbeda akan melahirkan masyarakat yang berbeda.

Bagi masyarakat China nilai filial piety telah melahirkan nilai kecinaan yang tegar dan pragmatic. Matlamat nilai filial piety adalah untuk menyusun kehidupan bermasyarakat menerusi pembinaan diri individu yang boleh dicapai melalui tiga kaedah yaitu penghormatan kepada keluarga, mengelakkan daripada menyakiti hati keluarga dan membantu serta memberi sokongan kepada keluarga.

Walaupun masyarakat cina terpecah mengikut puak yang ditentukan melalui kawasan namum secara umumnya seluruh masyarakat cina mempunyai nilai yang sama yang telah mempengaruhi cara berpikir, bertindak dan berinteraksi dalam kehidupan bermasyarakat. 

Hasil dari daripada warisan budaya dan peradaban yang berbeda ini telah mempengaruhi corak etika kerja dan budaya niaga masyarakat cina. Melalui sistem yang dipegangi oleh masyarakat cina ini merupakan faktor yang mempengaruhi kejayaan peniaga cina dalam bidang perniagaan.

Nilai filial piety dan sikap pragmatic ini telah memainkan peranan utama dalam membina hubungan perniagaan yang kukuh sesama peniaga. Ini karena, menerusi pengamatan nilai filial piety telah mewujudkan sikap tolak ansur dan saling membantu sesama komuniti China. Hubungan perniagaan yang erat dan sikap tolak ansur sesama mayarakat cina diperkukuhkan lagi dengan kehidupan sosial yang berpusat kepada keluarga semata-mata.

Bertitik tolak daripada sistem warisan nilai filial piety tersebut, didapati para peniaga cina mempunyai hubungan erat antar satu sama lain. Bagi para peniaga, prinsip perniagaan yang menekankan sikap saling melengkapi, berkongsi dan tolong-menolong dalam kalangan mereka serta kurang sifat tamak untuk mengusai sesuatu perniagaan, tetapi lebih senang untuk bekerjasama untuk menikmati keuntungan yang diterima sesama mereka.

Etika kerja dan budaya kerja masyarakat cina yang berteraskan kekeluargaan dan seterusnya berkembang dalam hubungan kepuakan telah menjadi penghalang kepada komuniti bukan cina daripada menerobosi rangkaian perniagaan masyarakat China. Berpegang dengan etika kerja dan budaya ini telah membolehkan para peniaga cina mengembangkan perniagaan mereka dalam berbagai jenis perniagaan. 

Berdasarkan penerangan di atas, menunjukkan bahwa kejayaan masyarakat cina bidang ekonomi dipengaruhi oleh nilai filial piety. Komuniti bukan cina wajar untuk mengikuti nilai baik yang ditunjukkan oleh masyarakat China yang saling mendukung sesama mereka.

Aktiviti yang tidak sihat dalam perniagaan seperti ketidakjujuran, rasuah, penipuan juga sikap dengki dan cemburu untuk menjatuhkan rakan kongsi sangatlah tidak baik untuk diamalkan serta dilarang secara keras oleh agama.

Jadi ambillah contoh budaya kerja yang positif dari masyarakat lain untuk membangun jati diri bangsa sendiri agar bangsa kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang sudah duluan maju dari kita. Semoga!