Liverpool King of EnglandĀ 

Redaksi 04 Juli 2020 | 11:46 251
Liverpool King of EnglandĀ 

Meor Muaz Bin Meor Nadzri Mahasiswa UIN Ar-Raniry Asal Malaysia

Oleh Meor Muaz Bin Meor Nadzri
Mahasiswa UIN Ar-Raniry Asal Malaysia

Umum mengetahui pada 25 jun 2020 yang lalu Liverpool akhirnya Berjaya ditabalkan menjadi juara liga perdana Inggeris selepas 30 tahun menunggu. Kemenangan ini dimutlakkan apabila Chelsea Berjaya menewaskan Manchester city 2-1 di Stamford Bridge.

Kemenangan Chelsea tersebut telah memastikan Liverpool menjulang piala yang paling berprestij di England buat pertama kalinya selepas 30 tahun. Dari kemenangan itulah menarik minat penulis untuk berkongsi pandangan tentang nilai-nilai positif yang dapat diambil dari usaha Liverpool untuk menjuarai liga perdana Inggeris.

Nilai pertama yang dapat di kongsikan adalah sifat tidak pernah berputus asa. Sifat mudah berputus asa apabila ditimpa sesuatu ujian yang wujud dalam diri seseorang hanya akan mendatangkan kepayahan dalam setiap tindakan. Kita seharusnya menjadikan ujian yang kita terima sebagai batu loncatan yang dapat mengubah nasib menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Hal ini dapat kita lihat pada tahun 2018 liverpool telah kalah kepada real madrid di final champion league tetapi kekalahan itu tidak membuatkan Liverpool terus berputus asa malahan menjadikan Liverpool lebih bersemangat untuk tahun seterusnya. Hasilnya pada tahun 2019 liverpool Berjaya menjulang piala champion league yang mana piala itu menjadi idaman setiap pasukan bola sepak di Eropah.

Nilai kedua yang dapat kita teladani bersama adalah pandai mencari peluang. Orang yang bijak akan pandai mengambil peluang yang tersedia dan kemampuan memanfaatkan peluang adalah salah satu hal penting yang harus dimiliki jika ingin menjadi individu yang Berjaya.

Seseorang yang pandai mengambil peluang biasanya mempunyai kemampuan untuk membangkitkan dorongan dan motivasi dalam dirinya sendiri sehingga dapat melihat kesempatan meskipun dalam kesempitan.

Pasukan Liverpool Berjaya mengambil peluang yang ada dengan memenangi hampir kesemua perlawanan pada musim ini apabila pasukan-pasukan Inggeris yang lain struggle untuk memastikan pasukan mereka berada pada kondisi yang baik. Ini terbukti apabila pasukan Liverpool Berjaya memenangi liga sedangkan masih berbaki tujuh perlawanan sebelum musim ini melabuhkan tirai. 

Nilai seterusnya yang dapat kita contohi adalah bijak dalam urusan jual beli. Dalam urusan jual beli kita tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan. Sebaiknya kita membuat penelitian atau servey akan kualiti barang yang akan dibeli.

Dalam urusan jual beli juga kita dituntut untuk mengutamakan keperluan daripada kehendak untuk memastikan tidak berlakunya pembaziran. Antara tindakan bijak pasukan Liverpool dalam urusan jual beli pemain adalah ketika Liverpool menjual Philippe Coutinho dengan harga yang mahal dan dari uang penjualan pemain tersebut Liverpool membawa masuk dua pemain baru yaitu Virgil Van Dijk dan Alisson Becker yang menjadi tunjang kepada kebangkitan pasukan Liverpool sehingga Berjaya menjuarai liga perdana Inggeris.

Untuk mencapai kejayaan kerja keras sangatlah penting, tanpa kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh sangat sulit untuk merangkul kejayaan yang di inginkan. Mengatur strategi yang lengkap juga menjadi keharusan agar setiap tindakan yang dilakukan tidak bersalahan dari apa yang di harapkan.

Sewajarnya kita melihat dan memperhatikan apakah tindakan yang di lakukan oleh pasukan Liverpool sehingga mereka Berjaya memenangi kejuaraan liga perdana inggeris dan nilai-nilai yang baik dari usaha gigih pasukan Liverpool harus dicontohi untuk meningkatkan semangat dan jati diri untuk menjadi lebih baik.