Islam sebagai Agama Resmi Malaysia Tapi Apa yang Dimaksudkan Kebebasan dalam Beragama?

Redaksi 18 Juli 2020 | 07:40 39
Islam sebagai Agama Resmi Malaysia Tapi Apa yang Dimaksudkan Kebebasan dalam Beragama?

Noorsharmika binti Norsahar Mahasiswi UIN Ar-Raniry

Oleh Noorsharmika binti Norsahar
Mahasiswi UIN Ar-Raniry


Agama Islam adalah agama resmi dan tertinggi bagi persekutuan di Malaysia. Setiap provinsi diberikan ketua agama tersendiri yaitu Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong bagi provinsi yang tidak mempunyai Raja. Perkara 160 Perlembagaan menta’rifkan bahawa orang melayu sebagai orang Islam.

Ini bermakna, mana-mana orang non muslim yang menganut agama islam adalah dianggap sebagai orang melayu. Ia tidak memandang dari mana asal usulnya sebelum ini. Misalnya, orang cina memeluk  agama Islam, ia dianggap sebagi orang melayu walaupun dia berbangsa cina.

Kebebasan beragama adalah hak asasi manusia bagi memilih agama yang ingin dianuti oleh mereka tanpa ada halangan daripada mana-mana pihak, meskipun ibu bapa kandung dan juga agama. Kerana ia adalah berpandukan pada Perlembagaan Persekutuan yang mana, ia adalah undang-undang rasmi yang tertinggi di Malaysia.

Namun, Islam menentang sekeras-kerasnya perkara ini. Kerana ia seperti mencabul kehormatan Islam dan juga ia seolah-olah mempersenda agama Islam yang suci ini. Ia kebanyakan berlaku kepada orang yang murtad daripada agama Islam dan menganuti agama lain dan itulah antara faktor yang merosakan agama Islam.

Dengan sewenang-wenangnya orang ramai memperolok-olokkan agama Islam dengan tanpa rasa bersalah, walaupun mereka juga adalah penganut agama islam.

Namun, mentaliti atau pemikiran masyarakat zaman kini adalah mayoritasnya berfikiran ‘kolot’. Dimana, kalau kita lihat sekarang ni, ramai yang murtad keluar daripada Islam adalah mereka yang berpelajaran tinggi serta mempunyai ilmu agama yang luas. Namun, disebabkan cinta mereka sanggup mengenepikan agama.

Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11 (1) telah meletakkan bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi, tertakluk kepada fasal (4) untuk mengembangkannya. Yang mana menyatakan bahawa undang-undang Negeri  dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembang apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganuti agama Islam. 

Selain itu, perkara 3  (1) juga membawa maksud yang sama. Dimana, islam ialah agama rasmi bagi persekutuan di Malaysia. Tetapi, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana Bahagian Persekutuan.  Tetapi, dalam Islam itu tidak bermakna mereka boleh murtad keluar daripada Islam dengan sewenang-wenangnya.

Kerana bagi islam perkara ini adalah mencabul hak asasi mereka sebagai orang Islam. Ini karena apa yang ditetapkan oleh perlembagaan ini adalah berdasarkan pengamalan agama bagi bangsa masing-masing, tidak termasuk keluar dari Islam dengan sewenangnya.

Sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 11 (4) bahwa, undang-undang negeri dan berkenaan dengan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganuti agama Islam. Ini bermakna, orang islam tidak boleh mengamalkan upacara seperti orang bukan islam. Contohnya, mengamalkan upacara orang hindu, budha, kristian dan sebagainya.

Mahkamah sivil menyerahkan bidang kuasa kes-kes yang berkaitan keluar daripada agama Islam, kepada kuasa mahkamah syariah. Dan mahkamah syariah semestinya mempertahankan agama Islam dengan tidak membenarkan mana-mana orang Islam yang ingin murtad keluar daripada agama Islam kepada agama lain.

Undang-undang di negeri Selangor adalah antara yang memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan sekiranya ada mana-mana pihak yang menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seseorang Islam untuk menukar agamanya.

Ini menyebabkan kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif oleh budaya orang bukan islam. Contoh perkara yang mempengaruhi orang Islam adalah, mendekati orang Islam dengan bertujuan bersyarah atau menunjukkan kepada kita perkara-perkara mengenai orang bukan Islam. Selain itu, mereka menghantar dan mengedarkan risalah-risalah mengenai agama mereka.

Antara kasus yang pernah dijadikan perbualan hangat pada waktu dahulu adalah kasus Suzy Teoh yang memeluk agama Islam tanpa restu orang tuanya. Teoh Eng Huat Vs Khadi, Pasir Mas (1990) 2 Mlj 301. Plaintif telah mengetahui bahawa anak perempuannya yang berumur 17 tahun 8 bulan telah selamat memeluk Islam.

Lantas, plaintif telah menuntut haknya sebagai bapa, untuk mengembalikan agama anaknya kepada agama asalnya, dengan menyatakan bahawa penganutan anaknya kepada agama islam adalah tidak sah, kerana mengikut undang-undang dan perlembagaan, bahawa seorang bapa dan penjaga berhak bagi menentukan agama, pelajaran dan asuhan anaknya.

Tetapi, dengan kebijaksanaan hakim tersebut, beliau telah menangguhkan kes tersebut sehinggga anak plaintif tersebut mencecah umur 18 tahun dengan berdasarkan perkara 12 (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan.

Dengan berdasarkan perkara 12 (3) yang menyatakan tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara sembahyang sesuatu agama, selain agama sendiri. Manakala, bagi fasal (4) pula, menerangkan maksud fasal (3), iaitu agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

Maka dengan ini, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa rayuan plaintif ditolak mentah-mentah, berdasarkan perkara 12 (3) dan (4). Mahkamah agong telah menegaskan bahawa fasal (4) adalah nyata iaitu, agama seseorang bawah 18 tahun mesti ditetapkan oleh ibu bapanya atau penjaganya.

Tetapi, dalam kes ini, plaintif tidak berhak membuat tuntutan atau rayuan bagi kasus anaknya itu, kerana anak plaintif telah pun mencecah umur 18 tahun. Kasus ini telah membuktikan kebijaksanaan hakim ini dalam memelihara agama Islam dan menyelamat seorang gadis daripada murtad ke agamanya yang asal.

Disamping itu, Kasus Nor Aisyah Bokhari ni sangat sadis serta kasus yang paling terkenal di Malaysia. Di mana, luar jangkaan kita, orang seperti dia ini boleh terjerumus ke kancah murtad. Sedangkan, dia adalah anak kepada Haji Bokhari iaitu seorang imam dan juga cucu kepada Haji Tahir yang juga merupakan imam.

Aisyah dibesarkan dalam suasana yang boleh dikategorikan sebagai keluarga yang alim dan arif dari segi agama. Dia banyak menghafal surah-surah dari Kalam ALLAH (Al-Quran).

Malah, dia juga tahu kelemahan-kelemahan kitab Bible. Pemakaian Aisyah juga menunjukkan yang mana, Aisyah adalah orang yang menjaga auratnya. Selain itu, hampir setiap hari dia menelefon bapanya untuk melaporkan isu-isu terkini mengenainya.

Namun, setelah 2 tahun dia berada di KL, pada hari terakhir 19 Nov 1997, Aisyah telah menelefon bapanya bagi memberitahu tentang kemurtadannya kepada agama Kristian Katholik. Antara penyataannya adalah “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja). Intan nak bagitahu, Intan dah kristian”.

Astaghfirullahal ‘azim! Bayangkanlah bagaimana luluhnya hati seorang bapa, apabila mendengar pengakuan sebegitu rupa daripada mulut anak kandungnya sendiri yang telah diasuh serta dididik dengan penuh ilmu agama. Tiada apa yang boleh Haji Bokhari ungkapkan mengenai isu anaknya itu. Hanya bermodalkan air mata sahaja apabila mengenangkan nasib yang menimpa keluarga mereka.  

Aisyah telah mengupah seorang peguam yang bernama Lennet Teoh Hui Leong, seorang peguam Cina Kristian, bagi membebaskan dirinya daripada dikurungi oleh bapanya. Sepertimana penyataan peguam tersebut, adalah “saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nor Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya, saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nor Aisyah menolak dan meninggalkan agama islam.”

Disamping itu, ada lagi satu penyataan beliau, iaitu. Perenggan 23 “saya Lennet Teoh percaya bahawa Nor Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan keluarganya telah melanggar hak kebebasan Nor Aisyah bagi menganut agama pilihannya iaitu Kristian Katholik.”

Lalu, dengan berdasarkan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Maka, secara mutlaknya Nor Aisyah berhak menentukan agamanya, iaitu kristian katholik tanpa dihalang oleh sesiapa, mahupun bapa kandungnya sendiri.

Kesimpulannya, kebebasan beragama ini adalah bagi semua orang berhak menentukan agama apa yang dianuti oleh mereka. Tetapi, harus diingati bahawa agama Islam bukanlah untuk diperolok-olokkan.

Agama Islam adalah agama yang suci. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman tanpa larangan dan halangan dari mana-mana pihak. Dimana, telah termaktub beberapa dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan kebebasan dalam memlih agama bagi setiap orang yang mencapai umur 18 tahun. Nah !