LGBT

Redaksi 20 Juli 2020 | 13:27 263
LGBT

Noorsharmika binti Norsahar Mahasiswi UIN Ar-Raniry

Oleh Noorsharmika binti Norsahar
Mahasiswi UIN Ar-Raniry


Seringkali dunia digemparkan dengan golongan yang tersasar jauh dari fitrah asal ciptaannya, yakni LGBT. Ke pelosok dunia mana pun, pasti mayoritasnya hal ini akan ditentang dan tidak mengiktirafkan perbuatan hina ini, apatah lagi Islam agama yang suci ini pastinya secara terang-terangan menentang kelakuan tidak bermoral ini. Walaubagaimanapun masih ada sebagian negara yang mengiktiraf perlakuan ini, dengan mengadakan parti meraikan golongan ini serta membenarkan perkawinan sesama jenis.

Golongan ini senantiasa bermatian mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan tempat dalam negara sekaligus mengiktirafkan perbuatan mereka tersebut. Namun, tidak semudah itu, hal ini karena bertentangnya dengan fitrah asal kejadian manusia itu. Perbuatan ini sememangnya menampakkan kekejian dalam kalangan masyarakat maupun agama Islam itu sendiri. Walaubagaimanapun ada antara umat Islam yang tergolong dalam golongan ini secara terang-terangan mempamerkan perbuatan terkutuk mereka itu, seolah-olah mengejek mempermainkan hukum-hakam agama Islam.

LGBT merujuk kepada gabungan empat kumpulan iaitu Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT). Lesbian adalah golongan yang dilahirkan secara biologi sebagai wanita, tetapi ia tertarik kepada wanita lain dari segi kecederungan perasaannya, mahupun seksualnya. Gay adalah golongan yang dilahirkan sebagai lelaki , namun tertarik kepada lelaki lain dari aspek kecederungan perasaan mahupun seksual.

Biseksual pula bermaksud seseorang yang mempunyai kecederungan emosi dan seksual terhadap kedua-dua jantina. Manakala golongan transgender ini berbeda dengan golongan gay, lesbian, dan biseksual kerana kumpulan transgender bukan  kelompok yang berasaskan kepada orientasi seksual yang merujuk kepada kecederungan seks atau perasaan, tetapi golongan ini adalah golongan yang lebih kepada aspek identiti diri.

Mereka lebih berkecenderungan mengubah imej secara bertentangan dengan kejadian asal mereka seperti lelaki menyerupai wanita dan begitu sebaliknya.

Bagi mengenali golongan LGBT ini, mereka bernaung kepada beberapa simbol yang menggambarkan kelompok mereka. Simbol kepada golongan LGBT antaranya adalah warna pelangi. Kepelbagaian warnanya menjelaskan kepelbagaian atau keragaman dalam LGBT. Pada tahun 1978, Gilbert Baker mencipta bendera pelangi yang terdiri daripada lapan warna iaitu merah jambu, merah, oren, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Warna-warna ini menjadi bendera resmi golongan LGBT. Bermula pada tahun 1979, hanya enam warna sahaja digunakan  sebagai simbol golongan ini iaitu merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu yang tersusun secara horizontal. Simbol inilah yang digunakan sehingga hari ini yang menjadi kebanggaan golongan LGBT.

Contohnya, warna-warni yang terletak pada logo ‘google chrome’. Selain warna pelangi, terdapat juga beberapa simbol lain seperti simbol lambada, segitiga merah jambu, segitiga hitam, segitiga biseksual, simbol gender dan lain-lain yang mempunyai sejarah tersendiri. Contohnya, simbol yang ada pada ‘cartoon teletubbies’ terletak dikepalanya. 

Walaupun sememangnya diketahui ramai kasus seperti ini sudah mulai wujud pada zaman Nabi Luth dan melihatkan bagaimana golongan yang dilaknat ini telah diazabkan oleh Allah s.w.t., golongan ini melakukan hubungan sejenis sehingga Allah mendatangkan azab yang sangat dahsyat. Para Ulamak berkata: “Bahawa tujuh Kota menjadi danau yang aneh di mana airnya masin dan deras, lebih masin dan lebih deras dari air laut, dan di dalam danau ini terdapat batu-batu terapung yang mencair, ini mengisyaratkan bahawa batu-batu yang menimpa kaum Nabi Lut seperti api-api yang menyala.

Ada yang menyatakan Danau sekarang terletak di Palestin yang bernama  al-Bahrul Mayit adalah kota-kota kaum kaum Nabi Lut. Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam sejarah dunia, karena mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, Yaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dengan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum, yakni terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan.

Nabi Luth menyampaikan dakwah kepada mereka dengan penuh tulus dan jujur dan baginda tidak berputus asa dalam menasihati kaumnya untuk meninggalkan perbuatan keji tersebut. Berkata kaum Nabi Luth : “ Datangkanlah kepada Kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar ” (Surah Al-Ankabut, ayat 29).

Kemudian, Setelah mendengar ejekan kaumnya itu, Nabi Luth berdoa kepada Allah sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Ankabut, ayat 30. Lalu, doa Nabi Luth dimakbulkan oleh Allah. Allah mengutuskan beberapa malaikat untuk menurunkan azab kepada kaum Nabi Luth yang mengingkariNya.  

Firman Allah Taala yang bermaksud: “berkata Nabi Ibrahim, Nabi Luth mendiami negeri itu, bagaimanakah akan kamu binasakannya? Jawab Malaikat itu : “kami lebih mengetahui akan sesiapa yang mendiami negeri itu dan kami akan selamatkan Luth berserta ahlinya, kecuali isterinya, maka ia adalah tergolong sebagai orang-orang yang mendapat seksaan.”(Surah Al-Ankabut, ayat 32).

Maka berjalan keluarlah Nabi Luth bersama puteri-puterinya dari Kota Sadum, ketika melangkahnya Nabi Luth dan puteri-puterinya melalui batas Kota Sadum, maka bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum serta isteri Nabi Luth sehingga menghancurkan Kota Sadum dan penduduknya yang ingkar itu.

Namun, sejarah tersebut tetap tidak dijadikan pedoman dan pengajaran buat mereka, dan hanya menganggap mainan saja. Bermacam cara dan usaha pemerintah dalam membanteras golongan ini, misalnya, perbuatan tersebut tidak mendapat pengiktirafan undang-undang negara dan ditentang sekeras-kerasnya. Selain itu, melalui jalan dakwah ‘kembali kepada fitrah’ dengan meyakini segala yang diciptakan oleh Allah s.w.t bersifat baik.

Disamping itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-99 yang bersidang pada 4 hingga 6 Mei 2012 dengan tegas menyatakan bahwa sebagai sebuah negara Islam, umat Islam wajib menentang dan menghapuskan amalan seksual songsang yang jelas diharamkan oleh Islam.

Muzakarah menyeru pihak berkuasa supaya menyekat aktivitas songsang ini dan umat Islam dinasihatkan supaya kembali kepada ajaran kitab suci Al-Quran dan menjauhkan diri daripada terjerumus ke dalam perlakuan seks songsang ini atau terlibat secara langsung dengan apa-apa gerakan, sokongan, atau kempen berkaitannya. Ini karena perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam sekaligus membawa kepada kehancuran kepada agama, negara dan umat Islam seluruhnya.

Dalam usaha masyarakat dan pemerintah menangani kasus seperti ini pastinya ditempuhi berbagai cabaran, yaitu cabaran pada hari ini adalah apabila berhadapan  dengan para aktivis LGBT, yakni pejuang yang mengangkat golongan tersebut serta menjadi ‘tulang belakang’ kepada mereka, karena mereka punca utama yang mengubah hakikat fitrah melalui dokumen-dokumen perubatan yang diselewengkan.

Para aktivis LGBT ini berjaya merasionalkan amalan LGBT daripada suatu yang tidak bermoral kepada bermoral. Maka, disebabkan perbuatan tersebut, ia telah membuatkan sebagian orang mempercayai, amalan LGBT adalah fitrah dan normal.

Oleh yang demikian, kami sebagai umat Islam menyeru kepada para aktivis agar menghentikan diri dari menjadi pejuang kepada golongan yang dimurkai ini. Dan mengharapkan agar diberi petunjuk hidayah oleh Allah s.w.t. kepada golongan ini agar kembali kepada fitrah dan ke jalan yang benar. Nah !