Cash On Delivery (COD)

Redaksi 21 Juli 2020 | 08:21 138
Cash On Delivery (COD)

Noorsharmika binti Norsahar Mahasiswi UIN Ar-Raniry

Oleh Noorsharmika binti Norsahar
Mahasiswi UIN Ar-Raniry


Perniagaan atas talian tidak lagi asing dalam masyarakat pada hari ini, baik orang muda maupun orang yang sudah lanjut usianya. Perniagaan yang dikenali cukup menyenangkan bagi masyarakat luar sana, serta kemudahan bagi sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk keluar berbelanja dan perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh peniaga kepada pelanggan melalui dua bentuk, yakni, perkhidmatan postage dan COD.

Tambahan pula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari sehingga kini paling banyak permintaan dari pelanggan yang membuat pembelian atas talian dengan menggunakan perkhidmatan COD ini sekaligus meningkatkan lagi keuntungan penjual. 

Dunia semakin maju dengan bermacam teknologi canggih yang dicipta sehingga ke hari ini. Dari hari ke hari ada saja sesuatu yang baru, sama ada dari sudut kalimat, perbuatan dan lain-lain lagi. Seiring dengan perkembangan terkini melalui pembelian barangan secara dalam talian merupakan kemudahan bagi orang ramai dengan tidak membutuhkan masa terluang untuk keluar membeli. 

COD yakni Cash On Delivery atau Collect On Delivery, yakni pembelian atas talian tetapi menggunakan perkhidmatan pembeli dengan penjual bersepakat untuk melakukan pembayaran sewaktu barang yang dibeli sampai ke tangan pembeli (pembayaran dan penyerahan barang secara tatap muka), berjumpa disatu tempat yang telah disepakati sama ada rumah pembeli atau dimana-mana saja, pada saat COD pembeli dapat secara langsung melihat atau memeriksa barang yang dibeli serta dapat dijelaskan oleh penjual tentang kondisi barang tersebut sekaligus menyepakati untuk melakukan pembayaran. Ianya menjadi pilihan ramai orang selain dari perkhidmatan kurier (postage).

Hal ini dijalankan bagi pengusaha perniagaan sendiri secara kecilan sama ada secara sepenuh masa maupun sampingan cuman, perniagaan yang didasarkan atas talian mampu memberikan hasil yang juga lumayan dengan menjalankan perkhidmatan COD ini. 

Perkhidmatan ini tidak membutuhkan masa yang panjang untuk penghantarannya, barang yang dipesan selamat sampai ke tangan pembeli sekaligus mengelakkan lagi dari berlakunya penipuan oleh penjual. Kebiasaannya perkhidmatan ini dikenakan cas penghantaran, memandangkan penghantaran mengikut tempat yang tetapkan oleh pembeli kemana saja sehingga sejauh 10km ke atas masih ada lagi.

Dalam pada itu, turut ada sesetengah peniaga yang tidak meletakkan harga bagi cas penghantaran, karena menganggap itu satu perbuatan amalnya disamping berniaga. Walaubagaimanapun masih ada lagi orang yang menganggap cas penghantaran melalui COD ini terlalu mahal dan tidak wajar sekiranya mengenakan cas terhadap penghantaran ini. 

Selain bisa memudahkan kerja pembeli, ia turut memudahkan proses penjualan, dimana penjual tidak perlu bersesak menunggu giliran untuk mengepos barang pelanggan. Keselamatan barang juga terjamin apabila sampainya ke tangan si pembeli dan tepat pada waktu tanpa mengalami kerosakan barang dan memerlukan waktu yang lama untuk memiliki barang tersebut. 

Pembekalan produk makanan paling banyak dijual secara perkhidmatan ini, dengan wujudnya gojek, grab food, food panda dan lain-lain perkhidmatan penghantaran mengikut premis-premis, selain itu runner persendirian yang digunakan oleh sesetengah orang yang berniaga online dan cas penghantaran berdasarkan sama ada runner tersebut menetapkan cas penghantaran atau runner hanya ‘makan’ komisen dari penghantaran yang dibuat. ia memudahkan para pelanggan untuk membuat pesanan dan dihantar oleh runner perkhidmatan tersebut.

Antara sebab mengapa ramai orang menggunakan perkhidmatan ini selain memudahkan orang ramai, perkhidmatan ini lebih hemat uang dan tenaga si pembeli, mudah untuk mendapatkan pelbagai barang atau produk makanan yang susah untuk dicari dibandar karena terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas. 

Kelebihan dalam perkhidmatan ini adalah bilamana bagi penjual, perkhidmatan ini dapat menjadi bagian dari strategi pemasaran sekaligus meningkatkan penjualan karena banyak pembeli yang lebih memilih cara ini karena menganggap ia sangat memudahkan kerja selain mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan. Manakala bagi pembeli pula, COD membuatkan mereka merasa nyaman apabila barang yang dipesan selamat sampai dan berada dalam kondisi yang bagus.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kekurangan melalui COD ini. Yakni, boleh merugikan penjual, bilamana suatu transaksi dibatalkan oleh pembeli pada ketika barang yang dipesan sampai, penjual tentunya sudah banyak menghabiskan waktu, tenaga dan biaya mengurusi barang tersebut.

Penjual berisiko menerima pembayaran menggunakan uang palsu oleh pembeli, pembelian terbatas apabila penjual dengan pembeli bukan dari kota yang sama dan sikap manusia yang sering melakukan kesilapan dan mengambil kesempatan dengan menganiayai orang lain. Berbagai kasus yang terjadi ketika dalam waktu proses jual beli antara penjualan dengan pembeli, baik sewaktu dalam talian maupun luar talian, seperti membuat pesanan palsu, yakni merekayasa untuk membuat pembelian, tetapi sebenarnya hanya membohongi penjual saja. Bermacam teknis penipuan yang dibuat, seperti tidak membuat pembayaran setelah sampainya barang yang dipesan, alamat tempat tinggal yang diberikan kepada pembeli tidak sah, berlakunya gangguan seksual terhadap pembeli atau penjual dan lain-lain. 

Antara kasus yang paling banyak sewaktu COD ini adalah apabila ramainya penjual wanita yang keluar secara berseorangan untuk COD barang terkena gangguan seksual oleh pembeli palsu sebaik sesampainya disuatu tempat yang dijanjikan.

Selain itu, cukup popular juga sikap manusia yang meminta bantuan daripada runner untuk membeli dan menghantarkan barang kerumahnya dan berjanji untuk membuat pembayaran melalui transaksi online banking dengan alasan tidak mempunyai tunai, namun setelah memperolehi barang, pembayaran masih belum dibuat dan terus menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi lagi. 

Memandangkan perkhidmatan ini membuatkan ramai orang memilih untuk menggunakannya karena memperoleh keuntungan kemudahan selain keuntungan berdasarkan uang semata, penjual harus bertingkah laku baik dihadapan pembeli agar kepercayaan daripada pembeli tidak kurang dan menjamin keselesaan dalam melakukan transaksi jual beli dengan orang yang sama.

Selain itu, penjual harus menyatakan harga jualan bersamaan harga cas tambahan perkhidmatan COD ini sebelum melakukan perkhidmatan ini agar tidak berlakunya perbedaan pendapat semasa transaksi pembayaran. Sebaiknya bagi penjual maupun pembeli harus berteman, yakni tidak berseorangan semasa berjumpa untuk penyerahan barang.

Dalam urusan yang dirasakan mudahnya urusan kita sebagai pembeli, jangan pula mengambil kesempatan dengan membebankan lagi urusan orang yang memudahkan kita, mereka manusia, kita juga manusia, sama-sama mempunyai perasaan, sama-sama mempunyai tenaga yang dikerah untuk mencari rezki. 

Kesimpulannya, perkhidmatan ini amat memudahkan urusan antara penjual dengan pembeli serta mempunyai keuntungan bagi penjual maupun pembeli. Baik perniagaan took maupun perniagaan atas talian, ia sama-sama menguntungkan, malah jika usaha yang lebih keras dengan meluangkan masa untuk keluar pergi COD, yakni perkhidmatan yang dijadikan sebagai pilihan ramai pelanggan ia mendatangkan lebih keuntungan karena dipandang sudut yang lebih memudahkan urusan para pembeli.

Hal ini bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan masyarakat yang semakin maju kehadapan, yang mana segala kebutuhan dan keperluan serta keinginan hanya bermula dengan ‘hujung jari’.

Oleh yang demikian, kita hendaklah baik pembeli maupun penjual sama-sama mempunyai sikap bertolak ansur dan saling memudahkan pekerjaan orang lain. Nah !